baju coc

Tempahan t shirt COC – Malaysia

Apa khabar kepada anda. Sekadar nak kongsi perkembangan terbaru dari kami. Baru-baru ini team MH Print telah mendapat tempahan yang agak banyak untuk baju bertemakan COC. Coc ni shortform untuk clash of clans. Satu game android yang tengah panas.

Dalam coc, clan ibarat sebuah family. Jadi kalau satu family tu dapat pakai satu baju yang ada tema yang sama baru rancak kan? Memandangkan kami memang ada mesin cetak sendiri, jadi tak ada masalah untuk kami offer baju tshirt coc pada harga yang berpatutan dan berkualiti.

tshirt coc

Kain yang kami guna cotton 100%. Saiz baju kami agak besar sikit. Kalau dah biasa pakai M, baik ambil S. Kalau dah biasa pakai S, baik ambil XS. Bagi yang tak pernah dengar, XS ialah singkatan untuk Xtra Small. Satu saiz lebih kecil dari S.

Bab kualiti anda tak perlu risau. Kami guna kain ketebalan 160 gsm-175 gsm. Tak tebal sangat, tak nipis sangat. Just nice je. Kain pula tak panas. Sejuk. Jadi sesuai la nak pakai dengan suhu cuaca Malaysia yang agak panas ni.

Untuk pastikan baju COC yang kami cetak tahan lama… Material cetakan coc tersebut dicetak oleh mesin berkualiti tinggi dari Jepun (MUTOH). Material cetakan pula kami guna yang dihasilkan dari Korea.

Walaupun material dari Korea ni 3 kali ganda lebih mahal berbanding China, tetapi hasilnya memang tip top. Bila basuh warna tak pudar. Dan cetakan pada baju juga tidak akan tertanggal. Walaupun keuntungan kami berkurang sebab guna material mahal, tapi kami puas hati bila baju yang customer tempah tahan lama.

baju coc

.
.

Jadi macam mana nak buat baju COC ni ye?

Untuk COC, kami ada beberapa design yang anda boleh pilih. Kalau nak guna design custom boleh jugak, cuma akan ambil masa lama sikit la untuk siapkan. Kalau guna design sedia ada, biasanya dalam 3-5 hari kami dah boleh pos.

Pada baju COC tersebut juga anda boleh masukkan nama clan atau nama anda sendiri. Ada tambahan harga untuk nama. Untuk detail anda boleh sms/whatsapp 016-3440909 untuk berbincang.

.
.

DESIGN BAJU / T-SHIRT COC MALAYSIA

Untuk pilihan design baju COC, anda boleh pilih salah satu dari gambar dibawah. Ada coc asli, king barbarian, wizard, dragon, lava, pekka, archer, atau dragon vs wizard.

baju coc malaysia

design coc C01

Anda boleh pilih nak letak design coc atas ni pada bahagian hadapan atau belakang baju.

Nak letak nama clan atau nama sendiri pada bahagian bawah design pun boleh. Cuma tambah RM2 sahaja untuk tambahan nama.

.
.

Tambahan.. bagi yang order tshirt coc 8 helai dan keatas, kami ada hadiah tambahan untuk anda berupa pin button COC yang mempunyai nama clan anda. Harga satu pin button ni RM3.00 kalau order asing, tapi kami bagi sebagai free gift khas untuk clan korang.

Kat bawah ni button badge yang kami buat untuk clan Putra Andesga. Terbaik dari ladang cetak.

Tunggu apa lagi.. whatsapp team kami di 016-3440909 untuk tempahan atau pertanyaan. Selain baju COC, baju I AM pun kami ada buat. Siap boleh pilih warna lagi.