Cetak tshirt custom – Design kufi khat

Kali ni saya nak cerita sikit berkenaan satu projek yang kami dapat pada minggu ini. Projek ini kami dapat daripada kenalan kepada salah seorang agen kami yang tinggal di Teluk Intan.

Customer ni request satu design baju yang agak lain daripada lain iaitu design dalam bentuk kufi ala-ala macam gambar di bawah ni. Kalau pandai baca khat kufi.. anda akan nampak perkataan ASSALAMUALAIKUM.

contoh kufi

First time kami dapat request macam ni. Mula-mula pening kepala juga lah nak buat.

Sebabnya customer kami ni bagi huruf dalam jawi je.
Kami yang nak kena kufi kan huruf-huruf tu.

Nasib baik last minit ada kenalan terdekat kami yang ada kebolehan dalam buat design kufi ni. Setelah kami forward design tersebut pada customer dan dapat greenlight, team MH Print pun terus la merempit siapkan kesemua tempahan baju kufi tersebut.

Jap saya nak upload gambar baju design kufi yang dah siap…

tshirt kufi design housie-tshirt 4 b

Untuk baju tersebut, kami guna kain yang sejuk, tak panas bila pakai, dan tebal dia ngam-ngam. Harga pula kami caj ikut saiz design.

Harga untuk projek ni sedikit mahal sebab customer request untuk letak sekali nama pemilik pada bawah baju yang mereka tempah tu.

Untuk cetakan pula, customer kami memang puas hati sangat-sangat sebab kami offer cetakan menggunakan material GOLD yang berkilauan supaya nampak awesome.

.
.

Ni feedback yang customer kami bagi. Terima kasih korang sudi tempah dari team MH Print.

baju kufi - mh print

Gambar atas ni saya printscreen dari app whatsapp web. Kadang-kadang nak belek order melalui phone renyah sikit. Jadi saya lebih prefer whatsapp bagi memudahkan kerja.

Ini gambar yang lebih jelas.. Rasa puas hati bila customer suka baju yang kitorang buat.

baju kufi - print n design

Bab kualiti jangan risau, dijamin cetakan pada baju tersebut tahan basuhan dan tak pudar warna sebab kami guna material berkualiti dari korea.Bukan yang murah dari china punya. Kalau yang murah dari china, basuh 3-4 kali pun dah boleh tertanggal cetakan dia.

* Untuk tempahan anda boleh sms/wassap/call Rudy (016-3440909) untuk berbincang terlebih dahulu. Kebiasaannya kami mampu siapkan tempahan dalam tempoh 3-5 hari selepas deposit melainkan tempahan terlampau banyak.

Leave a Comment