Alhamdulillah, minggu kami dapat request dari pelanggan untuk provide design untuk tshirt kelas. Memandangkan tempahan lebih daripada 20 helai, jadi kami pun tolong la designkan artwork mengikut tema yang dia bagi.
Ni dia design yang kami cadangkan..
Nak buat design ni tak susah pun.
(1) Anda hanya perlu ada software vector seperti coreldraw atau inkscape.
(2) Cari gambar vector dan font percuma di Google.
Lepas tu pandai-pandai la gabung design-design percuma tu dalam Inkscape atau Corel Draw bagi nampak cantik.
Ikut kreativiti la.. Cuba google tshirt-tshirt lain yang ada untuk dapat idea dan ilham.
(3) Lepas tu export jadi png dan emel dua file tersebut kepada kami. File png dan file inkscape. Kalau guna corel draw, bagi file corel draw lah ye kepada kami.
Atas ni pula design alternatif yang kami sediakan. Customer kami prefer design atas ni sebab katanya nampak simple tetapi smart. Yang ada anak panah ala-ala grunge bawah dia tu kami ambil dari vector-vector percuma sahaja.
Font pula kami guna font disney. Kami download dekat website Dafont.com jer. Dekat Dafont banyak pilihan font yang anda boleh guna untuk masukkan dalam design baju kelas anda.
Atas ni pula design belakang. Ada nama custom lain-lain. Kalau nak nama custom macam ni kami caj lebih sikit lah sebab makan masa nak buat nama lain-lain pada baju.
Customer dah konfem cuma tunggu dapat deposit je dari diorang. Lepas dah cetak baju tu nanti saya update lain ye gambar baju.
Anda nak tempah tshirt family atau tshirt kelas?